Logo Malaysia Payment GatewayMPG
← Semua gateway
BCL.my logo

BCL.my

Platform

Platform jualan tanpa kod atas Bayarcash: borang, link dan DuitNow QR

Lawat laman web →
FPXKadE-walletDuitNow QRBNPL

Platform·Platform jualan tanpa kod, bukan payment gateway. Daftar dan bina borang, link dan halaman; bayaran diproses dan dimasukkan ke akaun anda oleh gateway di belakangnya.

BCL.my ialah platform jualan, bukan payment gateway. Bayaran diproses oleh Bayarcash.

Platform

tidak disusun bersama gateway

FPX
RM1.00
Kad
1.50%
Fee setup
RM0
Duit masuk
T+2

RM1.25

Anggaran caj bagi jualan RM100

FPX (perbankan online)RM1.00
Kad (kredit/debit tempatan)1.50%
Kad luar negara3.50%
E-wallet1.50%
DuitNow QR1.60%
BNPL1.50%
Fee setupRM0
Fee bulanan / tahunanRM0
Transaksi minimum—
Duit masukT+2

Pelan

Pelan Percuma

RM0

FPX (B2C)
RM1.00
Tambahan
Bayar berasingan
Duit masuk
T+2

Sumber rasmi →

Package Niaga

RM888/tahun

FPX (B2C)
RM1.00
Semua tambahan
Termasuk
Domain .com percuma
Termasuk
Duit masuk
T+2

Sumber rasmi →

Package Niaga Pro

RM1,888/tahun

FPX (B2C)
RM0.70
Semua tambahan
Termasuk
Sokongan keutamaan
Termasuk
Duit masuk
T+2

Sumber rasmi →

BCL.my ialah platform jualan tanpa kod, bukan payment gateway. Ia dibina di atas Bayarcash: BCL bina halaman dan catat jualan, manakala Bayarcash yang kutip bayaran dan masukkan duit ke akaun anda. Anda tak perlu sambung API (cara sistem anda bercakap dengan sistem gateway). Anda cuma cipta borang bayaran, link bayaran, halaman jualan dan terminal DuitNow QR dinamik (QR baru untuk setiap bayaran). Sesuai untuk penjual yang tiada laman web.

Pelan percuma mengenakan RM1.00 bagi setiap bayaran FPX (B2C) yang berjaya, tanpa fee setup, bulanan atau tahunan. FPX ialah bayaran terus dari akaun bank online. BCL menyiarkan senarai kadar penuh: kad kredit 1.50% (luar negara 3.50%, MyDebit 1.00%), DuitNow QR 1.60%, e-wallet dan BNPL (beli sekarang bayar kemudian) 1.50%, dan Debit Terus RM1.50 setiap potongan. Setiap kaedah bayaran masuk T+2 hari bekerja (dua hari bekerja selepas jualan) melalui Bayarcash. FPX dan DuitNow QR boleh guna dari hari pertama; kad, e-wallet dan BNPL perlu permohonan berasingan.

BCL juga ada alat bisnes: e-invois LHDN MyInvois, pengurusan acara/tempahan, pemasaran affiliate, aliran kerja automatik, COD/pindahan manual dan pengurusan pasukan.

Dua pakej tahunan termasuk semua tambahan: Package Niaga (RM888/tahun) dan Package Niaga Pro (RM1,888/tahun), yang juga turunkan FPX (B2C) kepada RM0.70.

Banding BCL.my dengan

Herepay logoHerepay

RM1.07

anggaran bagi jualan RM100

Fasspay logoFasspay

RM1.12

anggaran bagi jualan RM100

M1Pay logoM1Pay

RM1.16

anggaran bagi jualan RM100