Bandingkan semua payment gateway Malaysia
Fee 81 gateway, kami ambil terus dari laman harga rasmi mereka dan susun ikut caj paling murah. Percuma untuk semua.
Paling murah yang ada FPX, kad dan e-wallet
Anggaran caj bagi jualan RM100
Paling murah untuk FPX sahaja
Caj FPX bagi jualan RM100
Apa itu payment gateway di Malaysia?
Payment gateway ialah servis yang membolehkan laman web atau app anda terima bayaran daripada pelanggan di Malaysia: pindahan bank online FPX, kad kredit dan debit, e-wallet seperti Touch 'n Go dan GrabPay, DuitNow QR, dan pelan BNPL (beli sekarang bayar kemudian). Gateway ini kutip bayaran, ambil caj setiap transaksi, kemudian masukkan baki duit ke akaun bank anda, biasanya dalam satu hingga tiga hari bekerja. Fee, berapa cepat duit masuk dan senang atau susah nak pasang sangat berbeza antara satu gateway dengan yang lain. Itulah yang direktori ini bandingkan, guna kadar rasmi yang disiarkan sahaja.





